PM Najib Akui Nira Di Yan Antara Yang Terbaik Di Malaysia


ALOR SETAR - Peniaga air nira di medan selera, Pantai Murni, Yan, menzahirkan rasa teruja dan bersyukur apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan ringkasnya mengatakan air nira Yan terbaik di Malaysia.

"Saya saja minta pekerja ambil pagi ni sebab nak bagi PM rasa yang segar dan rasanya akan jadi lebih sedap.

"Seronok dan bangga sangat apabila PM kata ayaq nira yang disediakan sedap dan terbaik, alhamdulilah," katanya memetik Sinar Online.

Jelas Nora Abdullah, 51, beliau bertanggungjawab mencari dan menyediakan air nira khas buat perdana menteri.

"Hari ini saya sediakan 200 bungkus nira segar yang diambil dari ladang awal pagi tadi (semalam).

Najib turut mengucapkan terima kasih dengan kehadiran begitu ramai penduduk untuk bersarapan dengannya di medan selera Pantai Murni, Yan semalam.

Selepas meluangkan masa sekitar 30 minit beliau bertolak ke Tanjung Dawai bagi merasmikan perumahan nelayan muafakat Kedah.

Daerah Yan sangat sinonim dengan air nira segar yang mampu menyejukkan badan ketika musim panas. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com