PM Kagum Sambutan Ekspo Kedah, Terima Hampir 600,000 Pelawat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kagum dengan penganjuran Ekspo Muafakat Kedah 2018 yang berakhir malam tadi kerana mendapat sambutan ramai dan luar biasa seperti mana juga Ekspo Pembangunan di Terengganu.


Ekspo Muafakat Kedah yang bermula pada 24 Februari - 3 Mac mencatat kehadiran hampir 600,000 pengunjung sedangkan sasaran awalnya hanya 400,000.  


Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah menyatakan kerajaan negeri merancang untuk mengadakan acara itu dwitahunan dengan skala yang lebih besar.


Ini termasuk membawa kementerian Persekutuan dan membuka kepada syarikat luar daripada negara jiran yang terlibat dalam kawasan Pertubumhan Segitiga - Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT), kata Ahmad Bashah. 


Kehadiran lebih setengah juta pengunjung di Ekspo Muafakat Kedah 2018 selama tujuh hari itu membuktikan kemampuan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Bashah mengurus tadbir negeri ini sejak mengambilalih pentadibran negeri pada 4 Februari 2016.

"Dengan edisi berikutnya dianjurkan pada 2020. Syaratnya, kerajaan sedia ada yakni Barisan Nasional di negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan perlu diberikan mandat baharu yang lebih kukuh agar lebih banyak usaha menerus kemajuan dan menzahirkan impian boleh kita terjemahkan," katanya ketika berucap pada majlis penutup ekspo itu oleh Perdana Menteri  di Stadium Darul Aman.


Pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib turut melancarkan Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2019-2035 pada majlis penutup ekspo berkenaan.



Pelan pembangunan itu antara lain memberikan tumpuan empat elemen utama iaitu mempelbagaikan asas ekonomi negeri, melonjak pembangunan holistik lagi berdaya mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menyediakan negeri ini dengan kekuatan jati diri, modal insan dan tenaga muda sebagai dorongan utama.

Dalam pada itu, Najib secara sinis menyindir bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang disifatkannya 'parti time' berbanding Ahmad Bashah yang sentiasa berada di Kedah.  

" Saya difahamkan Ahmad tinggal di Taman Rakyat (Alor Setar) berbanding bekas Menteri Besar dulu yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur'' katanya. 

Mukhriz yang tertarik dan turut melawat ekspo itu selepas majlis perasmian bagaimanapun mendakwa pameran kejayaan pembangunan Kedah di ekspo berkeaan adalah juga hasil usahanya dahulu. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com