PKR, PAN Tunduk Kehendak Mahathir Walaupun Tak Puas Hati


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang dulunya cukup  'garang' seperti ayam sabung apabila menyerang Tun Dr. Mahathir Mohamad  kini tunduk bekas pemimpin negara itu.

Kedua-dua parti itu juga bagaikan kelu dengan percaturan DAP dan Dr. Mahathir dalam isu pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Pemimpin PKR dan PAN sekadar memendam perasaan marah  di dalam hati walaupun tidak bersetuju dengan percaturan  Dr. Mahathir dan DAP yang mahu menguasai Pakatan Harapan.


Dulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali  tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir kerana dilantik sebagai calon Perdana Menteri, namun akhirnya beliau mengambil keputusan 'bersetuju'.


Dalam hal ini, anggota PPBM sendiri dilihat lebih berani bersuara terhadap pucuk pimpinan parti mereka sendiri.


Anggota PPBM itu bangkit menetang Dr. Mahathir dan pemimpin kanan parti itu apabila suara ahli akar umbi tidak diperdulikan.


Seorang penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Mohd Yusoff turut  mempersoalkan mengapa  para pemimpin PKR  dan PAN Pulau Pinang langsung tidak berani bersuara bagi membongkar dan menentang tindakan DAP yang tidak demokratik dan menzalimi 10 Penyelaras Dewan Undangan Negeri mereka dan rakyat di negeri itu.

Dalam kenyataannya pada Harakahdaily, Dr. Kamarul Zaman mendakwa rundingan pembahagian 40 kerusi DUN Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan telah gagal.


Puncanya adalah kerana  PKR tidak mahu melepaskan beberapa kerusi daripada 16 kerusi yang ditandingi oleh parti itu di dalam PRU 13 kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras  tidak mahu melepaskan mana-mana daripada 19 kerusinya kepada PKR.


Katanya, DAP yang mempunyai 19 kerusi  enggan melepaskan sedikit kerusi yang  ditandingi pada PRU 13 kepada PKR.


PPBM dikatakan  mahu meletakkan calon di 10 kerusi DUN  negeri itu terutama yang diwakili oleh UMNO sementara PAN mahu bertanding di kawasan  DUN yang pernah ditandingi oleh PAS, kata Kamarul Zaman.

Keenganan PKR menyerah kerusi kepada PBBM dan PAN itu  antara sebab  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membekukan pelantikan Penyelaras DUN dari PKR dan PAN di 10 kerusi DUN.

Keputusan drastik kerajaan negeri itu sekali gus menyekat peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat kawasan terbabit mulai awal tahun ini, kata Kamarul Zaman.


Wajarkah Guan Eng  yang juga Setiausaha Agung DAP itu mendera 10 Penyelaras DUNi PKR dan PAN ini, sekali gus mendera rakyat di kawasan DUN berkenaan semata-mata kerana pengagihan kerusi DUN terbabit belum dimuktamadkan.


Kehadiran dua parti baharu dalam arena politik yang diharap dapat memperkukuhkan pakatan pembangkang bagaimanapun telah mendatangkan masalah baharu  kepada DAP dan PKR. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com