PH Tentang Persempadanan, Serang SPR Untuk Dijadikan Alasan Jika Kalah PRU14?


Serangan Pakatan Harapan terhadap laporan kajian semula persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertujuan untuk mewujudkan syak wasangka institusi supaya kelak boleh dijadikan alasan sekiranya parti pembangkang tewas dalam pilihan raya.

Soalnya bagaimana mereka boleh dakwa SPR tidak adil sedangkan parti pembangkang sendiri telah memenangi banyak kerusi, malah merampas beberapa negeri dalam pilihan raya yang lalu.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Md. Shukri Shuib berkata langkah mencadangkan  persempadanan semula  merupakan satu langkah proaktif dan diambil dengan kaedah demokratik.

SPR merupakan badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, maka keputusan mereka untuk mengesyorkan persempadanan semula ini juga tidak tertakluk kepada kehendak mana-mana parti politik, katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia semalam.

Draf yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya telah diumumkan bakal dibentang di Dewan Rakyat pada 28 Mac ini selepas  laporannya diedarkan kepada semua ahli Parlimen pada hari Khamis lalu.

Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menghalang draf laporan tersebut daripada didedahkan kepada umum sehingga ia dibentangkan mendapat reaksi yang negatif daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta pergerakan Bersih 2.0.

Mengapa Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta Bersih 2.0 begitu takut tentang undang-undang ini sedangkan ia dianggap sebagai amalan normal dalam mana-mana negara di dunia ini?

Menurut Shukri, persempadanan ini sangat perlu dilakukan memandangkan demografi penduduk kini sudah berubah, malah infrastruktur juga semakin berubah.

"SPR tidak perlu melayan kehendak kumpulan pendesak yang berkepentingan politik seperti ini, ia hanya akan menyukarkan tugas SPR," katanya.

Beliau juga menyifatkan Bersih 2.0 yang  lantang menentang persempadanan semula ini sebagai tidak telus dan berat sebelum dan mencadangkan ia dbubatkan sahaja.

Keputusan bekas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 menggunakan logo PKR membuktikan pertubuhan tersebut menyimpan agenda politik di sebaliknya perjuangannya selama ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah baru-baru ini memberitahu di Kangar bahawa SPR akan mengguna pakai kawasan persempadanan baharu jika ia diwartakan sebelum Parlimen ke-13 dibubarkan.

Mohd Hashim menyangkal dakwaan parti-parti politik khususnya pembangkang bahawa proses itu dilakukan bertujuan memenangkan parti pemerintah.

Kata beliau persempadanan semula itu sepatutnya diluluskan sejak dua tahun lepas namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan perkara itu tertangguh.- - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com