Perlis, Kedah Tidak Akan Berdepan Krisis Air Di Masa Depan


Walaupun tidak menghadapi krisis air yang teruk seperti Selangor, rakyat Perlis dan Kedah diharap tidak akan berdepan masalah air lagi di masa akan datang.

Ini berikutan kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan besar bagi membina dan menaik taraf loij-loji air di kedua negeri yang ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional itu.

Dalam lawatan sehari ke Perlis semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  mengumumkan pembinaan Loji Rawatan Air di Tasoh yang berharga RM41.14 juta,  projek menangani Non-Revenue Water (NRW) bernilai  RM50.5 juta dan projek Pintu Kawalan Air (Barrage) di Sungai Perlis yann menelan kos- RM50 juta.

Projek-projek untuk akan dapat mengatasi masalah bekalan air terawat selain mengawal banjir di negeri Perlis.

Semasa lawatan ke Langkawi bulan lepas, Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM600 juta untuk pembinaan Off-River Storage (ORS) Padang Matsirat sekali gus mengatasi masalah kekurangan air di Langkawi sehingga 2040.

Projek bekalan air terawat berkenaan akan menjamin taraf hidup penduduk serta keselesaan bagi pelancong ke.pulau bebas cukai itu.

Bagaimanapun, peruntukan yang diberikan itu akan dianggap 'dedak' dan dikatakan janji kosong oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz.

Sebelum ini kerajaan negeri juga menerima peruntukan dan membuat pinjaman berjumlah lebih  RM2 bilion bagi membina dan menaik taraf loji air di kawasan tanah besar.

Perdana Menteri semalam sempat menyindir kerajaan PKR Selangor yang gagal menyelesaikan krisis air di negeri itu meskipun mendapat undi dan kepercayaan daripada rakyat pada pilihan raya lalu.

Pemimpin parti pembangkang itu mendapat undi di Selangor tetapi membiarkan rakyatnya berdepan dengan masalah tersebut, kata Najib.

Beliau mempersoalkan bagaimana keperluan asas seperti itu tidak mampu diselesaikan  oleh kerajaan Pakatan Harapan di negeri  itu tetapi bercita-cita ingin mentabdir negara.

"Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini mengaitkan hutang negara dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi masalah air di sana (Selangor) lebih kritikal. Kita belum rugi (1MDB) kita ada aset lebih pada hutang," kata Najib.

“Selangor ini beri undi kepada Pakatan Harapan, Pakatan Harapan dapat undi, biarkan rakyat tidak mandi...Soal air ini pun tidak boleh selesai. Bagi peluang kepada kita di Selangor, kita akan selesaikan masalah ini,” katanya berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya BN negeri di Dewan 2020 di Kangar.

Krisis bekalan air di Selangor yang membebankan rakyat termasuk sekitar Lembah Klang berpunca daripada kedegilan Menteri Besar Selangor yang sehingga kini enggan membuat tawaran harga kepada Syarikat Pengeluaran Air Sungai Sela­ngor Sdn. Bhd. (Splash).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa erajaan Persekutuan tidak dapat memberi bantuan termasuk pinjaman sekiranya diperlukan bagi menyelesaikan krisis tersebut.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com