Penoreh Getah Dari Sik Terkejut Jumpa Ular Tedung Dalam Kolah Air


ALOR SETAR - Seorang penoreh getah yang sedang menyapu di halaman rumahnya terkejut  apabila menemui ular tedung selar di dalam kolah air kosong, pada Isnin.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Sik, Kapten (PA) Mohd Mukhrij Md Sabir berkata, dalam kejadian di Kampung Tanjung Besar,Sik, wanita berusia 50-an itu pada mulanya terdengar bunyi dengus dari kolah tersebut sebelum bertindak memeriksanya.

"Wanita itu kemudian menyuruh anaknya menghubungi APM selepas ternampak ular sepanjang tujuh meter dan berat 15 kilogram itu.

"Pihak kami mengambil masa 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut,” katanya memetik Sinar Online.

Jelas Mohd Mukhrij, sejak Januari lalu hingga kini, APM Sik menerima 37 panggilan membabitkan pelbagai jenis ular.

“Sehubungan itu, pihak APM Sik berharap orang ramai agar sentiasa berhati-hati.

“Sekiranya berlaku kecemasan, masyarakat diminta menghubungi APM Sik di talian 04-4698221,” ujarnya.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com