Penggusti Di ‘Boo’ Tanding Kategori Perempuan


SEORANG penggusti transgender yang mengambil ubat dos rendah testosterone untuk menjadi lelaki, telah memenangi pertandingan gusti untuk kategori perempuan, dua tahun berturut-turut meskipun penyertaannya dibayangi kontroversi.

Ini kerana terdapat persoalan sama ada Mack Beggs, 18, layak bertanding dalam kategori perempuan.

Mack dari Sekolah Tinggi Euless Trinity di Dallas, memenangi gelaran untuk kategori Class 6A 110-pound bagi perempuan, dengan mengalahkan Chelsea Sanchez pada pertandingan akhir.

Tahun lepas, Mack merangkul gelaran itu juga selepas menewaskan Chelsea. Mack, yang dilahirkan sebagai perempuan mula menjalani rawatan perubatan untuk menukar penampilan kepada lelaki, enam tahun lepas.

Namun di sebalik kemenangan Mack, dia telah di `boo’ oleh penonton. Mengikut peraturan perlawanan, semua peserta perlu bertanding berdasarkan jantina yang direkodkan dalam surat beranak.

Tahun lepas, terdapat usaha untuk menghalangnya daripada bertanding dalam kategori perempuan kerana Mack menjalani rawatan steroid untuk menjadi lelaki, justeru tidak sesuai untuk berlawan dengan penggusti perempuan.

Mack sebelum ini merayu untuk bertanding dalam kategori lelaki tetapi peraturan di Texas menghalang dia berbuat demikian.

“Ramai orang ingat Mack memukul perempuan. Pesaing Mack semuanya kuat, Perlawanan ini adalah lebih kepada kemahiran dan disiplin.

“Dia sendiri menghormati semua gadis yang bertanding,’’ kata ibunya, Angela McNew.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com