Pengarah JPV Perlis Ditahan SPRM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Suspek, 44, didapati meluluskan lesen ‘Perladangan Unggas dan Aktiviti Lain’ atas nama dua syarikat yang dikatakan tidak mengikut prosedur ditetapkan.

‎Turut ditahan bagi membantu siasatan adalah pemilik syarikat berkenaan berusia 39 tahun.

Menurut sumber, pengarah itu didakwa menerima suapan iaitu menduduki rumah milik pemilik syarikat itu tanpa membayar sewa dianggarkan berjumlah RM9,600 sejak November 2016 hingga November 2017.

“Kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Perlis ketika dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan pada 1 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, berkata kedua-dua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(b) (B) Akta SPRM 2009,” katanya.

Sumber - Hmetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com