Pengantin Perempuan Tampar Tetamu Majlis Kerana...


GARA-gara biadap, seorang tetamu pada satu majlis perkahwinan telah ditampar oleh pengantin perempuan, selepas dia memaksa pengantin itu menundukkan kepala beberapa kali di depan keluarga suaminya.

Ketika itu sedang berlangsungnya acara tradisi perkahwinan di China di mana pengantin perlu menundukkan kepala sambil berlutut di depan ibu bapa pasangan mereka.

Menurut Kan Kan News, pengantin perempuan yang hilang sabar selepas kepalanya dipegang oleh tetamu lelaki itu, kemudian bangun dan menampar lelaki itu meskipun orang ramai cuba mententeramkan keadaan.


Kan Kan News bagaimanapun tidak mendedahkan di mana kejadian itu berlaku. Tetamu yang biadap telah menjadi topik utama perbincangan dalam media sosial di China susulan kelakuan kurang ajar mereka terhadap pengantin.

Pada November 2016, satu video memaparkan tetamu pada satu majlis perkahwinan memaksa pengantin lelaki dan perempuan berbogel serta melakukan seks di depan mereka.

Manakala awal bulan lepas, seorang pengantin perempuan telah dibogelkan oleh tetamu di hadapan suaminya dalam bilik tidur mereka.

Bukan itu sahaja, terdapat kes di mana pengantin meninggal dunia akibat gurauan kasar tetamu.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com