Penduduk Kamunting Bantah Ceramah 'Haram' Dr. Mahathir


Ceramah Jelajah Pakatan Harapan yang diadakan di jalan utama ke Kampung Bukit Jana, Kamunting Taiping  semalam disahkan tidak mempunyai permit polis. Tanpa permit itu, bererti ceramah secara haram.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya juga telah menerima laporan polis daripada penduduk setempat yang mendakwa ceramah tersebut menghalang lalu lintas.

Sebelum itu pasukan anggota keselamatan telah meminta pihak penganjur untuk mengubah sebuah treler milik Pakatan Harapan yang boleh diubahsuai menjadi pentas ceramah kerana didakwa mengganggu lalu lintas kira-kira 8.30 malam.

Pakatan Harapan kem udian menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membolehkan pemimpinnya  berceramah di sepanjang jalan itu.

Antara yang hadir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Meng.

Akibat tiada permit polis dan dibantah penduduk, Dr. Mahathir  terpaksa berceramah di atas kenderaan pacuan empat roda.

Sebelum itu, kerja-kerja mengalihkan treler yang dilakukan sebelum ketibaan Dr. Mahathir mengambil masa kira-kira10 minit sambil dipantau oleh anggota polis.


Treler itu dialihkan kira-kira 100 meter dari lokasi asal  setelah  tidak dibenarkan digunakan sebagai pentas ceramah.

Kekalutan itu menyebabkan pihak penganjur beberapa kali memohon maaf di atas kejadian tersebut.

Ceramah itu tamat kira-kira 12 tengah malam, diakhiri dengan ceramah daripada Dr Mahathir. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com