Penduduk Hargai 'PM Dari Pahang' Bangunkan Kubang Pasu


Penduduk dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu menzahirkan terima kasih kepada 'Perdana Menteri berasal dari Pahang' yang telah memberikan peruntukan besar untuk membangunkan kawasan yang ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

Antara peruntukan besar yang diluluskan termasuk yang kini sedang dalam pelaksanan ialah projek tebatan banjir dan mendalam serta melebarkan sungai untuk mengatasi banjir besar daripada berulang seperti mana yang berlaku pada 2005 dan 2010.

Banjir terburuk itu telah menenggelamkan bukan sahaja rbuan hektar sawah padi tetapi juga bandar Jitra selain kawasan perkampungan.

Lebih 50,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga menerima manfaat besar daripada projek itu apabila kerajaan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM2.2 bilion untuk menaik taraf sistem perairan. 

" Peruntukan sebesar itu tidak mungkin diperolehi di zaman Tun Dr. Mahathir walaupun beliau merupakan ahli Parlimen Kubang Pasu, " kata Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Johari, Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani berkata, penduduk Kubang Pasu kini amat berterima kasih kepada Najib kerana walaupun beliau bukan pemimpin Kedah, tetapi memberi perhatian kepada penduduk negeri ini. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, Najib begitu bermurah hati dan sedia mendengar keluhan petani dengan meluluskan peruntukan pembangunan untuk rakyat di Kubang Pasu dan kawasan lain di negeri Kedah.

Projek tebatan banjir dan sistem pengairan itu juga membolehkan pesawah di Lembah Arang di Kubang Pasu kini boleh menanam padi dua kali setahun, kata Johari berucap di Majlis Jamuan Malam Perdana Menteri bersama ahli UMNO dan komponen BN di Dewan Wawasan Jitra malam tadi.

Sementara itu, kata Johari lagi projek terbaru yang diluluskan ialah kawasan bebas cukai dan hub pelabuhan darat di Bukit Kayu Hitam selain pembesaran pusat pemeriksaan kastam,imigesen dan kuarantik (CIQ) bagi memboleh pintu masuk itu dibuka 24 jam tahun depan.

Projek terbaru dalam jangka masa lima tahun akan datang pula ialah menaik taraf  Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Menurutnya, semasa pentadbiran Dr. Mahathir dalulu, projek Kota Perdana di kawasan seluas 7,000 ekar yang dirancang  di Bukit Hitam hanya tinggal cadangan sahaja sehingga ini. -kedahnews.com
  .  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com