Penceramah Bebas Ada Skandal, Kacau Bini Orang


SEREMBAN - Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang penceramah bebas di sini, yang didakwa mempunyai skandal dan mengacau isteri orang.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap pendakwaan dibuat ke atas lelaki itu.

Menurutnya, pihaknya akan memanggil pengadu yang kini berada di Johor Bahru untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum tindakan susulan dilakukan.

"Kita belum sempat dapatkan keterangan lanjut pengadu kerana dia ada di Johor, tetapi siasatan lain telah pun dilakukan.

"Selagi siasatan mendalam mengenainya belum dibuat, kita tak boleh pastikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya, kerana tidak semestinya apa yang dikatakan itu betul dan yang diam itu adalah salah.

"Tunggu sehingga siasatan dilakukan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-211 Kontijen Negeri Sembilan di Dataran Kawad Sekolah Latihan Polis di sini, semalam.

Sumber: Sinar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com