Pemuda Hilang Upaya Kekal Dari Langkawi Bersyukur Terima Cek Dari Perkeso


Pemuda dari Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat, Langkawi itu berkata demikian selepas menerima cek daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berikutan hilang upaya kekal akibat kemalangan jalan raya.

Tragedi pahit itu berlaku pada pagi 20 Februari tahun lalu di Kampung Bayas, Langkawi ketika Muhammad Shamin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah hotel enam bintang di pulau peranginan berkenaan.

Sebelum tragedi, dia yang juga anak tunggal kepada pasangan Engku Azhar Engku Musa, 51, dan Nor Azilina Zainal Abidin, 46, adalah pemuda yang aktif dan bekerja sebagai juruteknik.

Katanya, doktor mengesahkan dia kini hilang upaya kekal dan terpaksa melupakan dunia pekerjaan, sekali gus reda dengan ujian Allah.

“Pada hari kejadian, saya dari rumah untuk ke tempat kerja pada awal pagi sebelum terlanggar tiang lampu ketika cuba mengelak seorang wanita warga emas melintas jalan.

“Akibat itu, saya mengalami masing-masing patah dua tempat pada paha kiri dan kanan serta lengan kanan, selain terlucut sendi siku kanan dan gangguan saraf jari," katanya selepas menerima cek daripada PERKESO di Hospital Langkawi (HL), hari ini.

Penyampaian cek disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Nor Saidi Nanyan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah HL Dr Md Razis Ramli dan Pengurus PERKESO Langkawi Yusuf Kasim.

Katanya, sepanjang setahun lalu, dia beberapa kali menerima rawatan di hospital termasuk menjalani lebih 10 kali pembedahan bagi memasukkan besi pada paha dan lengan.

“Sejak kemalangan sampai sekarang, saya tidak bekerja dan bergantung harap pada wang cuti sakit berbayar daripada PERKESO dengan purata RM2,000 sebulan.

“Memang bersyukur sangat dengan wang faedah hilang upaya kekal diberikan PERKESO ini, malah saya tidak pernah bermimpi pun untuk dapat wang sebanyak ini," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com