Pemuda Ditemukan Maut Dalam Kolam Terbiar Di Naka


ALOR SETAR - Seorang pemuda ditemukan maut dalam sebuah kolam di Kampung Lamdin, Naka dekat sini, semalam setelah dilaporkan hilang sejak Ahad.

Menurut Pegawai pertahan Awam Daerah Padang Terap, Roshidi Kassim berkata, mayat mangsa, Amirul Yusoff, 25, ditemukan anggota pasukan penyelamat terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba dan polis pada pukul 1.05 petang.

"Kami memulakan gerakan mencari dan menyelamat sejak pukul 11 pagi setelah menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa dari pihak polis. Setelah lama mencari di kawasan bukit dan hutan berhampiran, kami memutuskan untuk mencuba nasib dengan mengepam air kolam di sebuah kebun kerana mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat berada berhampiran kolam tersebut.

"Tidak berapa lama selepas mengepam air keluar dari kolam tersbeu tang dianggarkan berkedalaman kira-kira enam meter, mayat mangsa mula kelihatan lalu kami bertindak mengeluarkannya," katanya memetik Utusan Online, di sini semalam.

Difahamkan mangsa yang mengalami penyakit sawan mengambil upah bagi memotong rumput di kebun tersebut dan kali terakhir dilihat berada di sekitar kolam berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Seterusnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com