Pemimpin Bersama 38 Ahli DAP Keluar Parti Kerana Tidak Suka Mahathir


Bekas pemimpin DAP kini boleh bekerjasama dengan PAS.

Buktinya Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt dan 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa  dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang  bekerjasama dengan PAS dalam Gagasan Sejahtera.


Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang.


Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurutnya, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.


"Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh pembangkang ekoran pelbagai tindakannya  termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar.


Terdahulu, Pengerusi PCM  Bahagian Kampar,  Yeong Kok Ping turut menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com