Pembangkang Yakin Menang PRU14, Tapi Gelabah Kajian Semula Sempadan


Dalam setiap ceramah Pakatan Harapan, pemimpin gabungan parti pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir  Mohamad cukup yakin parti mereka akan menang PRU14.

Mereka mencanang kemenangan itu di serata ceruk rantau dan kampung walaupun parti yang diwakili tidak mendapat sambutan. 

Namun bila  laporan kajian semula persempadanan pilihan raya hendak dibentang  di Parlimen, ahli Parlimen pembangkang menjadi 'gelisah' dan 'mengamuk'.

Anehnya Dr. Mahathir dulu menyokong persempadanan semula, tetapi kini menentangnya untuk menarik perhatian rakyat. Jika kalah PRU14, alasan yang diberikan kerana kajian semula sempadan pilihan raya.

Malah di luar Parlimen dan Tugu Negara pula ratusan penyokong Bersih yang turut dihadiri Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yasin dan pemimpin pembangkan  lain berdemonstrasi menentang cadangan kajian persempadanan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). 

Persoalannya kenapa Pakatan Harapan begitu takut dengan perubahan sempadan pilihan raya itu sedangkan pembangkang yakin akan mencapai kemenangan?

Kekecohan di Parlimen itu menyebabkan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana ingkar kepada arahan Speaker

Kajian  semula persempadanan pilihan raya bukanlah kali pertama dibentangkan dan kemudian dilulus.Ia adalah amalan lazim dalam sebuah negara demokrasi, terutamanya dalam negara yang mengalami pertambahan dan pergerakan penduduk.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul itu di Parlimen semalam berkata, perubahan yang disyorkan dalam kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan membolehkan wakil rakyat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan di kawasan masing-masing.

Menurut Perdana Menteri ia memberi kelebihan kepada wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing.

Ini sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja," katanya.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, kajian semula persempadanan pilihan raya dibuat bukanlah atas faktor politik, sebaliknya atas dasar keperluan melihat kepada perubahan demografi penduduk pada masa kini.

Menurut beliau, kali terakhir persempadanan semula dilakukan di Semenanjung Malaysia adalah pada tahun 2002, iaitu 16 tahun yang lalu.

“Saya tidak lihat langkah ini sebagai satu strategi daripada parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa kerana ia dibuat atas faktor keperluan.

“Kita sudah terlalu lama tidak lakukan kajian semula, malah dalam tempoh itu sudah ada tiga Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijalankan,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sementara itu Ahli Parlimen BN Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng berkta tindakan blok pembangkang yang bersungguh-sungguh menolak Rang Undang-Undang (RUU) Kajian Semula Persempadanan kerana mereka takut akan ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Beliau yang dipetik daripada Bernama menyifatkan langkah pembangkang membuat pelbagai dakwaan berhubung persempadanan kerana mahu menghasut orang ramai membenci kerajaan dan semata-mata demi kepentingan politik sendiri.

“Dakwaan pembangkang sama sekali tak berasas dan tidak bertanggungjawab… ia bertujuan menghasut orang ramai untuk kepentingan politik sendiri.

“Persempadanan ini tidak menentukan siapa menang siapa kalah, kemenangan dan kekalahan ditentukan oleh para pengundi,” kata beliau semasa membahaskan usul tersebut di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau lagi, pembangkang sedaya upaya mahu  menolak persempadanan kerana mereka tahu tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat lagi pada PRU14. - Kedahnews.com 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com