Pembangkang Tak Mampu Hapuskan GST - Othman Aziz



Pembangkang tidak mampu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sehingga kini mereka tidak ada alternatif serta alasan yang konkrit.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata penghapusan GST yang dimainkan oleh pembangkang hanyalah bersifat populis dan tidak bertanggungjawab, 

"Di mana mereka akan mencari sumber untuk menampung kelompangan dari penghapusan sistem percukaian itu? tanya Othman.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata, pelaksanaan GST bukan perkata yang boleh dimain-main dan bukan untuk dapat populis sebab GST merupakan sistem percukaian yang mengambil kira perbelanjaan balik untuk pembangunan dan mengurus negara.

" Kalau depa (pembangkang) kata depa perintah nak hapus GST sudah tentu kita patut tanya mana sumber depa nak ambil pula?" katanya pada sidang media selepas program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra semalam.

Menurutnya Bank Dunia juga mempersoalkan daripada mana sumber ganti GST itu hendak diganti jika dihapuskan.

Mereka pembangkang tak boleh jawab sebaliknya meminta rakyat memberi peluang memerintah dahulu, kata Othman.

"Kenyataan pembangkang seperti itu adalah tidak bertanggungjawab dan tak masuk akal," katanya lagi.

Sementara itu , Pengurus Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos di Malaysia berkata, negara ini juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan kerana kehilangan hasil yang banyak. 


Hadad-Zervos yang dipetik daripada sebuah portal berkata, pelaksanaan GST antaranya berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat mengurangkan peningkatan kos sara hidup. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com