Pemandu Bengang Wanita Ini Tak Ada Kereta Tapi Tercegat Di Petak Parkir


MENDAPATKAN tempat letak kereta kadangkala boleh menjadi satu mimpi ngeri dan tidak mustahil akan berakhir dengan pertelingkahan dengan pemandu lain.

Tetapi situasi seperti itu biasanya berlaku antara dua pemandu, bukan seorang!
Namun itulah yang telah berlaku di sebuah tempat letak kereta di Flushing, Michigan.

Rakaman kamera papan pemuka (dasboard) dari kereta seorang lelaki tular selepas merakamkan perangai pelik seorang wanita yang berdiri di petak parkir ketika lelaki berkenaan mahu meletakkkan keretanya di situ.

Alasannya? Dia berada di situ dahulu.

Wanita itu enggan berganjak walaupun pemandu lelaki yang marah itu berulang kali menyuruhnya berlalu.

Selain pemandu itu yang menunjukkan kemarahannya, wanita yang menemaninya turut bengang dengan wanita berkenaan.

"Adakah kamu serius? Kamu bukan dalam kereta pun."

Seorang wanita yang lebih tua tiba-tiba muncul di depan kamera, juga memberi isyarat supaya kereta itu berundur dan berdiri di situ.

Pemandu itu pada mulanya berkeras dan kebuntuan terus berlaku.

Akhirnya, seorang pemandu lain menawarkan lelaki itu ruang letak kereta berhampiran dan dia segera berlalu.

Klip itu tular di reddit dan telah dilihat puluhan ribu kali.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com