PDRM Umum 20 Pertukaran Jawatan, Kenaikan Pangkat


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan 20 pertukaran jawatan, kenaikan pangkat membabitkan pegawai kanannya di seluruh negara.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan semalam, berkata semua pertukaran dan kenaikan pangkat itu berkuatkuasa 9 April ini.

Mendahului senarai ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh, yang kekal di jawatannya sekarang dengan memangku gred VUYA 5 (JUSA A).

Kenaikan pangkat lain termasuk Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) KDN/KA Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Abd Aziz Yusof, memangku pangkat Komisioner, sambil kekal di jawatan sedia ada.

Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), DCP Datuk Azman Yusof akan memegang jawatan baru sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Komisioner.

Menggantikan beliau ialah Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Yusoff Mohd Amin, dengan memangku pangkat sebagai Deputi Komisioner.

SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Datuk Muhammad Az-Lee Abdullah, turut kekal memegang jawatan sedia ada dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Turut memangku pangkat Deputi Komisioner ialah Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Ismail.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, dilantik sebagai timbalan Mohamad, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC). Senarai penuh pertukaran jawatan boleh dilihat di laman facebook PDRM.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com