PAS Ingatkan Mahathir Jangat 'Buat-Buat Lupa' Skandal Forex, Skyhawk, BMF dan....


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mohamad diingatkan supaya jangan lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja dan beberapa yang bermasalah semasa 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Jangan hanya tumpu kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dijelaskan oleh kerajaan dan disiasat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan negara (PAC).

Naib Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw yang juga pemimpin kanan DAP sendiri menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dan tiada bukti untuk mengaitkanya.

Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepung menyataka Datu Seri Najib Tun Razak tidak terlibat secara langsung dalam kelemahan oleh syarikat 1MDB berdasarkan siasatan PAC.

Menurut Seng Giaw adalah tidak benar untuk mengaitkan Najib yang merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat ber­kenaan sedangkan segala urusan 1MDB ditentukan oleh lembaga pengurusan syarikat milik kerajaan itu.

“Kita tidak boleh kata Perdana Menteri terlibat apabila syarikat ini diuruskan oleh pihak pengurusan, pihak eksekutif. Kami (PAC) kaji semua ini dan nama Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung.

“Saya berpendapat Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang perlu disiasat dalam isu ini. Bagaimana kita mahu ambil tindakan terhadap pihak yang tidak buat apa-apa,” kata Seng Giaw baru-baru ini.

Dalam hal ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengingatkan Dr. Mahahir agar tidak membawa budaya ‘Me­layu mudah lupa’ dengan hanya memberi tumpuan kepada isu 1MDB.

“Dalam masalah 1MDB kita mesti bersandarkan kepada kehakiman yang adil, mestilah saksi yang adil, beriman, tidak rendah maruahnya.

Orang tiada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku hari ini ialah saksi media, media pula media sosial. Kita tak kenal siapa jadi terdedah kepada fitnah, " kata Abdul Hadi.

“Sebab itu kita mesti kendalikan dengan seadilnya, bukan sahaja 1MDB tetapi termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

Apa yang berlaku sekarang ini, kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’, tetapi kita (rakyat) tidak lupa," kata Abdul Hadi  menjawab soalan semasa Dialog 2018 Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di Kuala Lumpur semalam.

Suruhanjaya Sia­satan Diraja (RCI) yang me­nyiasat kerugian urus niaga Forex menemui negara kehilangan RM32 bi­lion akibat urus niaga Forex di zaman pemerintahan Dr. Mahathir.

Bagaimanapun Dr. Mahathir semasa memberi keterangan pada  RCI bahawa beliau tidak mengetahui dan tidak ingat mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan wang yang besar walaupun Gabenor Bank Negara pada pada masa Tan Sri Jaffar Hussein sudah memaklumkan kepadanya.

Dalam skandal pesawat Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88 buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik dan selebihnya tersadai di gurun di Amerika Syarikat.

Skandal BMF pula melibatkan berlaku suntikan dana secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator hartanah Hong Kong pada 1982.

Mengenai isu 1MDB,  Abdul Hadi menjelaskan PAS bukan mem­bela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang dituduh atau dikaitkan mesti dinilai de­ngan seadil-adilnya, bukannya bertindak seperti "orang me­nyembelih ayam daging, yang di­sembelih hingga licin satu reban."

“Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum dia bersalah, ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak boleh menyebar fitnah,” kata Abdul Hadi.- kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com