Pandu Kereta Sambil Dengar Muzik Akan Disaman Dan Dihukum Penjara.


PENDUDUK Jakarta yang memandu kereta sambil mendengar muzik mungkin berdepan tindakan saman dan hukuman penjara.

Perkara itu diberitahu ketua jabatan trafik bandar raya kerana perbuatan atau tindakan seperti itu melanggar undang-undang jalan raya.

Jakarta Post melaporkan, ketua jabatan polis trafik Jakarta, Budiyanto mengeluarkan kenyataan bahawa memandu sambil mendengar muzik adalah satu kesalahan kerana ia mengganggu tumpuan pemandu.

Undang-undang trafik dan pengangkutan darat menetapkan pemandu harus memberi tumpuan penuh terhadap pemanduan mereka.

“Mendengar radio, menonton televisyen dan merokok ketika memandu adalah melanggar undang-undang.

“Mereka didapati melanggar undang-undang boleh dikenakan penjara tiga bulan dan denda sehingga Rp750,000 (RM205),” katanya.

Sehingga kini polis trafik masih belum mengeluarkan saman kepada mana-mana pemandu yang melanggar undang-undang itu kerana sedang menyebarkan maklumat itu kepada orang ramai.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com