Paksa Wanita Islam Buka Tudung? Sedia RM707,526!

 

JANGAN berani memaksa wanita Islam membuka tudung jika tidak mampu menyediakan RM707,526.

Lapor Sinar Harian, Sepertimana yang berlaku di bandar New York, Amerika Syarikat apabila pihak polis memaksa tiga orang wanita Islam membuka tudung ketika gambar wajah mereka diambil.

Padahnya, Mahkamah Brooklyn telah mengarahkan bandar raya New York membayar pampasan berjumlah AS$180,000 bersamaan RM707,526 kepada tiga wanita tersebut.

“Setiap wanita berkenaan akan menerima AS$60,000 (RM235,842),” kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.


Pampasan itu dibuat sebagai ganti rugi atas tindakan polis berkenaan kerana didakwa melanggar hak kebebasan beragama.

New York Times melaporkan, tiga kes itu berlaku pada 2012, 2015 dan 2016 dengan semua wanita terbabit diarah membuka tudung, malah permintaan gambar mereka diambil jurugambar wanita di tempat tertutup juga ditolak.

Sejak itu Polis New York mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan yang memakai tudung memilih gambar mereka diambil secara tertutup oleh anggota polis yang sama jantina. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com