Pakatan Harapan Hadapi Masalah Jika Calon DAP Guna Logo PAN?




Pakatan Harapan (PH) hanya akan menentukan logo tunggal daripada salah satu parti dalam gabungan itu minggu depan.

Agak panjang juga tempoh bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk mencapai kata putus berhubung penggunaan simbol atau logo parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang kini semakin hampir.

Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubar oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) atau siasatan ke atas parti itu belum selesai, pendaftaran PH juga tidak boleh dibuat. 

Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH hampir sebulan lalu telah mengumumkan pemilihan satu logo parti yang akan digunakan oleh semua calon daripada PH.

Namun ianya belum mencapai kata putus kerana ada  parti dalam komponen itu dikatakan tidak bersetuju. 

Kelmarin Dr. Mahathir memberitahu lagi parti itu telah berjaya mencapai kata sepakat berkenaan logo yang bakal digunakan, namun memerlukan sedikit masa lagi.

Namun demikian parti dalam PH dikatakan akan menghadapi masalah dan perlu bekerja keras untuk menyakinkan pengundi mereka terutama kaum Cina pada PRU14 sekiranya perlu memilih logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pun Parti Amanah Negara (PAN).

Penganalisis politik Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, sekiranya pembangkang gagal menguar-uarkan mengenai pertukaran logo itu, tidak mustahil ia memberi kesan kepada pengundi Cina yang selama ini memberi undi kepada DAP.

"Mungkin akan mengganggu, jika maklumat pengguguran logo ini tidak disampaikan dengan berkesan kepada kaum Cina, kemungkinan besar akan menjadi tanda tanya buat mereka.

"Mereka mungkin tidak membaca surat khabar, bahkan mungkin menjana persepsi lain terhadap calon yang bertanding," katanya ketika yang dipetik daripada Antarapos.

Menurut beliau, lagi, penyebaran maklumat ini penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi bahawa mereka perlu mengundi berdasarkan calon dan bukannya melihat kepada logo semata-mata.

"Melainkan jika PH berjaya menyampaikan maklumat ke akar umbi, terutama pada orang Cina, maka mereka akan faham.

"Maknanya, mereka kena lihat calon yang bertanding dan bukan pada logo," ujarnya.

"Jadi pemahaman para pengundi cina adalah paling penting sekiranya mereka mahu mengundi DAP," jelasnya.

PH dijangka akan menggunakan logo PKR atau PAN untuk digunakan calon gabungan empat parti pembangkang itu pada PRU14.

Bagi pengundi g Melayu di luar bandar mereka tidak mungkin boleh  menerima logo roket milik `DAP walaupun parti itu bergabung atau bekerjasama dengan PAN, PKR dan PPBM. - Kedahnews.com 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com