Nota Tulisan Iqram 10 Hari Sebelum Bapa Meninggal Sentuh Hati


TINDAKAN pelakon Iqram Dinzly mendedahkan nota terakhir penuh emosi yang ditulis buat Allahyarham bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said di Instagram miliknya menyentuh hati netizen.

Iqram mendedahkan dia menulis nota tersebut 10 hari sebelum bapanya meninggal dunia dan ia sempat dibacakan kepada arwah yang di antara isi kandungannya meminta bapanya mendoakan agar dia bertemu jodoh.

"Doakan Iqram bertemu jodoh yang baik dan dapat melahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly, Papa ya. I will do my best slowly and surely dengan niat Lillahitaala. Amin," tulisnya.

Iqram mendedahkan mengenai nota yang ditulis buat Allahyarham bersempena dengan hari kelahiran bapanya yang ke 72 pada Sabtu lalu.

"Semoga Papa menyambut usia 72 tahun di sana dengan cahaya dan perlindungan dari yang Maha Esa. Maaf kerana tidak bersama.

"Kerana Iqram sedang berusaha untuk kotakan kata-kata yang pernah Iqram perkatakan melalui penulisan terkahir Iqram kepada Papa di malam hari kelahiran Iqram yang ke 36 lepas.

"Ini adalah saat terakhir kita bersama di dunia dan Insya-Allah akan jumpa nanti di sana," tulisnya lagi.


Saipuddin meninggal dunia pada 10 Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, menerusi nota berkenaan, Iqram meminta bapanya mendoakan agar segala urusan ujian dan dugaan yang dilaluinya dipermudahkan.

Malah Iqram turut mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana telah menjalankan tugas dengan baik mendidiknya menjadi seorang manusia yang muslim sebenar.

"Semua cakap Papa adalah pejuang. Papa telah melakukan kerja yang baik dan ramai yang mendoakan Papa, Alhamdulillah.

"Papa, terima kasih kerana mengajar Iqram tentang bagaimana ingin menjadi seorang manusia dan muslim yang sebenar," katanya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com