Nikmati Air Nira Dalam Ladang Di Yan


Ladang merimbun dengan pohon nipah menempatkan meja dan kerusi untuk pelanggan menikmati air nira segar, di Ladang Nipah Ismail Che Kar, Jalan Kuala Sedaka, Yan, menjanjikan pengalaman yang unik dan lain dari yang lain.

Bukan saja air nira, pengunjung boleh menikmati masakan kegemaran masyarakat setempat seperti laksa yang dimakan dengan bihun goreng atau laksa biasa, ubi kayu rebus dengan ikan masin atau kelapa yang diparut dan agar-agar nira.

Pengusaha ladang tersebut, Rohana Ali, berkata ladang itu menempatkan kira-kira 300 pokok nipah diubah suai dengan konsep kedai makan dalam ladang memang menyelerakan.

Lihat proses air nira


"Pengunjung boleh menikmati air nira segar yang diambil terus daripada pokok di sini dan melihat sendiri proses mengumpul air nira sehingga ia dijadikan minuman," katanya memetik BH Online.

Tambahnya, konsep yang sama turut diterapkan ke atas Ladang Nipah Kipli yang terletak di Kampong Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis milik Zulkipli Leman, 68.

Berada di ladang dengan tanaman 2,000 pokok nipah yang terdapat gazebo dan buaian di celah pokok, membuatkan diri terasa berada di dalam taman.

Lebih menarik terdapat hidangan tradisional Perlis seperti apam putih dimakan bersama serawa durian dan kuih cucur atap yang seakan kuih lepat tetapi dibalut dengan daun nipah.

Menurut ibu Zulkipli, Sarah Aiman,87, berkata kuih cucur atap diperbuat daripada tepung pulut yang digaul dengan gula merah dan dibalut dengan daun nipah sebelum dibakar.

Ladang beliau menerima kira-kira 1,000 pengunjung sehari terutama di musim cuti atau musim perayaan sekali gus meningkatkan pendapatan Zulkipli. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com