Negara Akan Hancur Dalam Tempoh 2 Tahun Jika PH Memerintah


Seorang Ahli Dewan Negara meramalkan Malaysia akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang mengambil alih teraju pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Senator Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata beliau yakin perkara itu tidak mustahil berlaku jika dilihat kepada beberapa faktor, terutamanya manifesto pembangkang yang tidak menekankan visi negara tetapi lebih menjurus kepada soal peribadi.

"Dalam PRU14, kalau Barisan Nasional (BN) kalah, I give you two years only, this country will be destroyed (dalam masa dua tahun sahaja, negara ini akan musnah. Saya beri jaminan (ini) sebagai seorang pemerhati politik.

"Tengok manifesto mereka (pembangkang) sudah cukup, banyak perkara yang bercanggah dan berkaitan dengan kepentingan peribadi. Apa tujuan mahu jatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Bukankah ia dilihat bersifat personal, dendam, marah," katanya lagi.
.
 Ibrahim Shah berkata, andaian tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk manifesto gabungan pembangkang itu yang tidak memberi penekanan terhadap visi negara.

"Tengok manifesto mereka (Pakatan Harapan) sudah cukup. Manifesto itu tidak menekankan kepada visi negara mahupun membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Banyak perkara yang bercanggah dan berkaitan kepentingan peribadi.

"Saya tanya apa tujuan mahu jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Bukankah ia dilihat bersifat dendam dan marah," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini
.
Beliau berpandangan, sebarang kesilapan sepatutnya diperbetulkan menerusi cara yang tidak menghancurkan masa depan negara. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com