Najib Tak Sangka Ramai Bersarapan Dengannya Di Pantai Murni, Yan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menyangka dengan kehadiran ramai penduduk untuk bersarapan dengannya di Pantai Murni di Daerah Yan.

Lebih 200 orang penduduk turut bersarapan dengan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatannya ke Kedah selama dua hari.

"Hari ini saya  sampai ke Pantai Murni. Saya berhasrat nak makan pagi dengan penduduk di sini, yakni dengan para nelayan di sini,  tak sangka seramai ini (dan) penuh sesak," katanya secara bergurau.

"...sebelum datang pun saya diberitahu  macam-macam termasuk satu projek Masjid Terapung sedang dibina (yang mana) cerucuk sedang ditanam, rupa bentuk cukup menarik antara teristimewa...Parlimen Pekan pun tidak ada Masjid Terapung ini...Parlimen Jerai ada," kata Najib.

Sebelum itu, Ahli Parimen Jerai yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam taklimat ringkasnya memberitahu  peruntukan sebanyak RM18 juta diluluskan untuk membina Masjid Terapung Daerah Yan yang merupakan hampir sama taraf dengan masjid negeri.

Najib yang diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tiba di pantai Murni turut disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan pemimpin setempat. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com