Nabi Tajima Cekal Teruskan Hidup Sebagai Wanita Tertua Dunia


KAGOSHIMA - Selepas kematian Violet Mosse Brown dari Jamaica pada usia 117 tahun, kini takhta wanita tertua di dunia disandang oleh seorang wanita warga Jepun, Nabi Tajima yang juga berusia 117 tahun.

Nabi yang dilahirkan pada 4 Ogos 1900 di bandar Kikai, wilayah Kagoshima direkodkan sebagai wanita tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guinness, lapor portal berita The Sun.

Dalam pada itu, dia buat pertama kalinya berkongsi rahsia di sebalik usianya yang mampu mencecah lebih dari 100 tahun.

"Diet Jepun adalah kunci kepada hayat yang panjang," ujarnya.

Nabi Tajima, yang kisahnya turut dilaporkan dalam Business Insider, itu kini menetap di sebuah rumah di bandar Kagoshima dan mempunyai 140 ahli keluarga yang terdiri daripada 9 anak, 28 cucu dan 91 cicit.

Sebelum ini, Misao Okawa, wanita Jepun yang pernah memegang gelaran tersebut, meninggal dunia pada 1 April 2015 pada udia 117 tahun dan 27 hari.

Menurut perkongsian Okawa, dia menghargai diet 'mi ramen dan sup daging lembu, selain sushi ikan kembung' yang dikatakan memberi tenaga dan kesihatan buatnya.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com