Muslihat PPBM Pelawa Parti Sekutu Guna Simbol Bunga Raya


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempelawa DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang bersekutu dalam Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Bunga Raya yang menjadi indentiti parti pimpinan Tun Dr. Mahathir MohamAd itu pada pilihan raya umum akan datang

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkt dalam soal penggunaan satu logo bagi parti pembangkang pada PRU-14 nanti, pihaknya mengalu-alukan jika ada parti mahu menggunakan logo PPBM.

"Bagaimanapun, soal ini belum dimuktamadkan lagi oleh semua parti. Ia hanya keputusan dasar dan akan diputuskan pada mesyuarat majlis presiden," katanya.


Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Dr. Mahathir selakau Pengerusi PH kelmarin yang menyebut bahawa semua parti dalam gabungan bersetujuk menggunakan satu simbol sahaja jika pendaftaran PH ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM bagaimanapun berkata logo parti mana yang akan digunakan pada PRU14 kelak belum lagi diputuskan.

PPBM tentunya  mahu logo parti itu digunakan oleh calon daripada parti sekutunya termasuk DAP kerana dengan cara itu PPBM akan lebih dikenali daripada parti lain termasuk Parti  Amanah Negara (PAN) yang juga baru ditubuhkan.

Soalnya adakah DAP mahu menerima logo bunga raya itu bagi  menggantikan roket?

Ini kerana logo roket telah lama menjadi simbol  DAP terutama kepada pengundi-pengundi Cina berbanding logo bunga raya yang baharu setahun lebih diperkenalkan.

Lagi pun, PPBM perlu menungggu siasatan RoS sama ada parti itu dibenarkan bertanding tau tidak selepas lebih 400 aduan dibuat oleh ahli parti itu berkaitan kesahihan mesyuarat agung tahunan  (AGM) PPBM  pada Disember lalu.

Siasatan itu berikutan aduan ahi parti yang mendakwa AGM tiu  mengikut perlembagaan parti itu  sendiri.    

Sebelum ini Dr. Mahathir dilaporkan berkata PPBM tidak membenarkan DAP menggunakan logo Bunga Raya jika penndaftaran DAP dibatalkan oleh RoS.


Namun ketika PPBM yang masih bergelut dengan masalah dalaman dan kekurangan jentera parti, penggunaan logo bunga raya  itu akan membantu kempen parti pimpinan Dr.Mahathir itu. 

Apa yang menarik dalam PH, selepas calon Perdana Menteri dan Pengerusi PH datang daripada PPBM,  kini logo PPBM pula ditawarkan oleh parti  itu kepada rakan sekutunya.

Bagaimanapun tidak mungkin akan  ada perbalahan besar mengenai pemilihan simbol Bunga Raya ti di kalangan empat parti yang bergabung di bawah satu bumbung itu berbanding perbalahan kerusi dan saipa perlu jadi Perdana Menteri .  - Kedahnews.com   


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com