Mulianya Hati... Bagi 1,000 Aiskrim Percuma Sambut Hari Lahir Ke-72


UNIK… Demi berkongsi kegembiraannya, seorang penjual aiskrim telah memberi 1,000 aiskrim percuma kepada pelanggannya yang hadir sempena hari lahirnya yang ke-72 tahun.

Jimmy Teng, 72, atau lebih dikenali pelanggan sebagai Uncle Jimmy, telah menjual aiskrim di luar Bangunan ICA berhampiran Stesen MRT Lavender Singapura sejak 12 tahun lalu.

Menurut laman sesawang tempatan Stomp, tahun ini menandakan tahun ketiga berturut-turut dia telah memberikan aiskrim percuma semasa hari lahirnya.

Orang ramai malahan tidak lepas peluamng telah beratur panjang sebaik sahaja Jimmy memberikan airkrim percuma bermula jam 1 tengah hari, Khamis lepas.

Sesetengah pelanggan sanggup datang secara khusus semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada Jimmy.

Manakala terdapat pelanggan lain yang datang untuk membeli airkrim, tidak menyedari bahawa aiskrim pada hari itu diberikan secara percuma setelah dimaklumkan sendiri oleh vendor tersebut.

Anak perempuan Jimmy bahkan telah mengadakan makan malam untuk meraikan ulang tahun kelahiran ayahnya. Namun, ia tidak cukup memuaskan hati Jimmy.

Dia ingin berkongsi kegembiraannya bersama orang lain supaya mereka turut merasa gembira dan dapat menghargai antara satu sama lain.


“Saya rasa gembira di sini, jadi saya memutuskan untuk menghabiskan hari jadi saya dengan cara ini,” katanya.

Kematian isteri dan pembantunya menyedarkan bahawa kehidupan Jimmy sudah semakin pendek.

Dia berharap dapat berkongsi kegembiraannya dengan orang lain sebanyak mungkin.

“Tindakannya telah menggembirakan kehidupan orang lain setiap hari,” kata Chen, 25 yang merupakan salah seorang pelanggan tetap Jimmy.

Beberapa pelanggan lain telah memberikan hadiah kepada Jimmy sempena ulang tahun kelahirannya.

Tidak cukup sekadar itu, sekumpulan remaja menyanyikan lagu ulang tahun untuk beliau sebagai tanda penghargaan dan sambutan kelahiran buat warga emas itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com