Muhyiddin Dibidas Kerana Pilih Demonstrasi Daripada Bersuara Dalam Parlimen


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin  dibidas kerana tidak mengambil peluang menyuarakan pandangannya di dalam Dewan Rakyat bagi membantah usul laporan kajian semula persempadanan pilihan raya.

Sebaliknya bekas Timbalan Perdana Menteri bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih perhimpunan haram Bersih 6 di luar Parlimen bagi membantah usul itu semalam.

Kehadiran Muhyiddin ke perhimpunan Bersih 6 di Jalan Parlimen menimbulkan tanda tanya berbagai pihak kerana beliau adalah ahli Parlimen Pagoh, iaitu wakil tunggal PPBM di dalam Pakatan Harapan.

Adakah Ahli Parlimen Pagoh itu lebih berminat menyertai demonstrasi jalanan berbanding menggunakan ruang di Dewan Rakyat sebagai seorang Ahli Parlimen?

Dalam hal ini, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman  menyatakan pelik apabila Pengerusi dan Presiden PPBM itu begitu lantang bersuara sedangkan sebelum ini tidak pernah mempunyai masalah dengan kajian semula persempadanan pilihan raya. 

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kajian semula persempadanan pilihan raya telah dilakukan sebanyak enam kali.

“Malah, ketika Dr. Mahathir Perdana Menteri dalam tempoh 22 tahun, tiga kali persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan.

“Mengapa baru sekarang mereka nak bantah?” kata Hamidah yang dipetik Utusan Malaysia.

Kini setelah berada di dalam kem pembangkang Dr. Mahathir mengatakan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan satu bentuk kezaliman oleh kerajaan Barisan Nasional.

Hamidah berpendapat Muhyiddin sepatutnya menggunakan platform sebagai Ahli Parlimen untuk membahaskan usul itu, bukan mencari publisiti murahan dengan turun berdemonstrasi bersama DAP dan PKR yang dikecamnya dahulu.

Menurut beliau, Muhyiddin perlu mengutamakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen kerana beliau diberi mandat daripada rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat.

“Kalau betul beliau (Muhyiddin) mahu membantah usul persempadanan semula itu, gunakanlah peluang bersuara di Dewan Rakya kerana ia  lebih efektif berbanding turun berdemonstrasi di jalanan,” kata Hamidah. 

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa dakwaan persempadanan semula dilakukan bagi memenangkan Barisan Nasional adalah tidak benar sama sekali.

Dakwaan itu berunsur propaganda politik semata-mata sedangkan  SPR melaksanakan urusan persempadanan semula adalah bagi kepentingan rakyat dan pengundi,  bukannya untuk kepentingan mana-mana parti politik, kata Mohd Ali dalam satu wawacara dengan media arus perdana baru-baru ini.

Menurut beliau lagi segala urusan yang dilaksanakan oleh SPR adalah berpandukan kepada  Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. 

Sebagai bukti, ujarnya lebih 15 kes yang difailkan di mahkamah bagi mencabar urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya yang dijalankan SPR tetapi ia telah ditolak dan keputusannya menyebelahi SPR.

SPR telah menyediakan syor dan mempamerkannya di mana setiap pihak yang layak berhak untuk membuat bantahan dan bantahan mereka itu didengari dalam sesi siasatan tempatan dan ia diambil kira oleh suruhanjaya itu.

"Kemenangan seseorang calon atau mana-mana parti bukannya ditentukan oleh persempadanan tetapi ditentukan oleh pengundi," ujarnya lagi.

Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa pengundi adalah penentu mutlak kepada kemenangan seseorang calon, bukannya persempadanan. 

Pengundi mempunyai kuasa mutlak untuk memilih berdasarkan penilaian mereka terhadap calon, parti dan juga keyakinan mereka terhadap calon yang akan mewakili mereka.

Menurutnya jika dakwaan kononnya SPR menyebelahi parti BN dan boleh menentukan kemenangan parti itu sudah pasti keputusan sebagaimana PRU-12 dan PRU-13 tidak berlaku di mana Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah tidak jatuh ke tangan pihak parti lain.

"Kalaulah SPR bantu BN, sudah pasti mereka dapat menguasai 100 peratus kerusi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun itu semua tidak berlaku kerana SPR adalah sebuah badan bebas dan berkecuali yang menjalankan pilihan raya dengan telus dan adil," kata Mohad Ali.-  Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com