Mercun Terpacak Di Paha, Skuad Bom Bantu Doktor Jalani Pembedahan


LONDON - Sekumpulan doktor terpaksa mendapatkan khidmat skuad bom untuk mengelakkan ‘mercun’ yang terpacak pada paha kaki kanan pesakit mele­tup secara tiba-tiba ketika pembedahan dilakukan.

Dailymail melaporkan, seorang lelaki berusia 44 tahun dari San Antonia, Texas yang enggan dikenali itu sebelum ini me­nyatakan mercun berkenaan tidak akan meletup.

Bagaimanapun, imbasan X-ray yang dilakukan menunjukkan mercun tersebut boleh meletup pada bila-bila masa sehingga menyebabkan lelaki itu dinasihatkan supaya tidak bergerak.

Pakar bedah menyifatkan kes berkenaan sebagai pelik dan boleh menimbulkan kebimbangan berikutan berlakunya sera­ngan pengganas di negara ini baru-baru ini.

Difahamkan, mercun ber­kenaan terpacak pada paha lelaki itu ketika dia sedang bersiap sedia untuk membakar sejumlah mercun.

Sewaktu di hospital, pekerja hospital segera menghubungi pa­sukan Juruteknik Pelupusan­ Bahan Letupan dan Jabatan Bomba Tempatan untuk mendapatkan bantuan.

Pesakit itu kemudiannya di­­bawa ke sebuah bilik dan tidak dibenarkan bergerak bagi mengelakkan risiko berlaku letupan.

Doktor turut mengalirkan air ke tempat mercun dipacak dan sebarang bentuk pembedahan yang boleh memanaskan tisu pesakit juga dielakkan.

Mercun tersebut berjaya dikeluarkan tanpa mengakibatkan berlaku sebarang letupan dan pesakit dibenarkan pulang selepas dua minggu.

Dr. Lane Thaut yang merawat pesakit itu mengesahkan kumpulan doktor bedah berada di sebelah pesakit sebagai langkah berhati-hati jika mercun mele­tup secara tiba-tiba ketika rawatan diberikan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com