MCA Umum Nama Calon, Sedia Tawan Parlimen Alor Setar, Dun Kota Darulaman


MCA sudah menyenarai pendek calonnya  untuk bertanding merampas semula kerusi Parlimen Alor Setar dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Darulaman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar ialah Setiausaha Organisasi Kebangsaan MCA, Datuk Yoo Wei How.

Sementara calon  kerusi DUN Kota Darul Aman pula merupakan Naib Pengerusi MCA Bahagian Alor Setar, Tan Eng Hwa yang juga seorang peguam.

Tiong Lai  yakin  yakin gabungan kerjasama oleh kedua-dua calon itu dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat.

"Calon ini disenarai pendek berdasarkan kriteria pemilihan tertentu iaitu likeable, mempunyai komitmen tinggi berkhidmat untuk rakyat," kata beliau selepas mendengar taklimat persediaan pilihan raya daripada MCA Bahagian Alor Setar, semalam.

Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman merupakan kuota MCA dan disandang oleh BN sebelum dimenangi oleh PKR dan DAP. 

Pada PRU ke-13 calon BN, Datuk Seri Chor Chee Heung gagal mempertahankan kerusi itu selepas dimenangi oleh Gooi  Hsiao Leung daripada PKR dalam pertandingan empat penjuru.

Chor mendapat 25,491 undi berbanding Gooi memperolehi 27,356  undi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com