Mansuhkan GST Bukan Tugas Mudah


KUALA LUMPUR – Memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi tugas yang mudah berikutan ia memerlukan kenaikan cukai lain, mengurangkan perbelanjaan atau berlakunya defisit, kata Ahli Ekonomi Kanan (Kemiskinan dan Ekuiti) Bank Dunia, Kenneth Simler.

"Anda perlu melihatnya secara menyeluruh dan lihat sama ada anda benar-benar perlu memansuhkan GST kerana cukai itu merupakan sumber pendapatan negara.

"Dan, jika anda mahu memansuhkannya (GST), apa strateginya jika anda  tidak mempunyai (sumber) pendapatan?" katanya kepada pemberita selepas forum dan perbincangan panel mengenai ekonomi Malaysia, sempena pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 BNM pada Rabu.

Forum sehari itu dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia dan dihoskan bersama bank pusat. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com