Mansuhkan GST? Bank Dunia Pun Pelik


Bukan sahaja penganalisis ekonomi pelik dengan idea Pakatan Harapan untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam manifestonya malah Bank Dunia turut berasa hairan.

Bagaimana Pakatan Harapan yang diketuai DAP dapat menampung kehilangan hasil RM40 bilion akibat pemansuhan cukai tersebut.

Bukan itu sahaja malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos turut memberitahu Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.

Faris mencetuskan persoalan berkenaan dalam satu video yang dipetik daripada sebuah portal.

Justeru jika PH mahu memansuhkan GST maka mereka perlu diberikan soalan ini iaitu apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan, adakah mereka mahu bergantung pada komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia, adakah mereka mahu mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini, apakah yang akan mereka berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST serta apakah perkhidmatan, manfaat atau perbelanjaan yang akan lupuskan?

Perkara inilah yang perlu dijawab oleh PH. Ini kerana sepanjang GST dilaksanakan, ia berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar termasuk pemberian Bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Namun pembangkang mahu GST dimansuhkan dan menggantikannya semula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ia bukan mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion berbanding RM40 bilion yang dikutip menerusi GST.

Sebab itulah ramai pakar yang melihat pemansuhan GST oleh Pakatan Harapan sebagai janji populis semata-mata sedangkan GST yang dikenakan di Malaysia antara yang terendah iaitu 6 peratus.

Ia turut memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com