Malaysia Pemilik Telefon Pintar Tertinggi Ke-10 Dunia


MALAYSIA merupakan antara negara mencatatkan jumlah penduduk memiliki telefon pintar tertinggi dengan menduduki tempat ke-10 di dunia.

Berdasarkan kaji selidik firma Pew Research Center, Malaysia merupakan antara negara tertinggi pemilikan gajet dengan mencatatkan kadar penembusan mencapai 65 peratus.

“Korea Selatan menduduki tangga pertama dengan kadar 88 peratus diikuti Australia (77 peratus), Israel (74 peratus), Amerika Syarikat (72 peratus), Sepanyol di kedudukan kelima dengan 71 peratus.

“Sementara itu, pada kedudukan ketujuh adalah Britain (68 peratus) diikuti Kanada (67 peratus), Chile (65 peratus) dan di tempat ke-10 adalah Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Newzoo Global Mobile Market mendedahkan Malaysia menduduki tangga ke-29 bagi penggunaan Internet tertinggi di dunia.

“Hasil kaji selidik mendapati terdapat kira-kira 24,572,446 pengguna Internet di Malaysia.

“Berdasarkan jumlah itu, 78.7 peratus rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet,” katanya.

Di samping itu, kaji selidik sebuah firma penjenamaan dan pemasaran antarabangsa, GFluence, mendapati kegilaan media sosial dan hiburan digital merupakan faktor utama yang menyumbangkan kepada ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar.

“Berpandukan statistik, rakyat Malaysia merupakan antara pengguna tertinggi telefon pintar di dunia.

“Ia merangkumi semua peringkat umur, daripada muda sehingga dewasa. Ketika penjualan telefon pintar melonjak tinggi di negara ini, konsep ketagihan di Malaysia ini akan turut membawa kepada sedikit kesan negatif,” kata dalam catatan di laman web rasminya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com