Mahfuz Tolak Pembangunan Rakyat Di Negeri Kedah?


SEPERTI juga Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga menolak pembangunan baharu untuk rakyat yang di negeri Kedah.

Sebelum ini Mahathir dan Mukhriz menyifatkan pembangunan rakyat berjumlah  RM1.3 bilion yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pulau Langkawi sebagai 'dedak' dan janji kosong menjelang pilihan raya.

Semalam, Mahfuz, bekas pemimpin PAS yang kini sedang 'mengintai kerusi' untuk bertanding semula pada PRU14 turut menolak  usaha kerajaan untuk menaik taraf lapangan terbang Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar.

Najib semasa menutup Ekspo Muafakat Kedah 2018 pada 3 Mac lalu ini mengumumkan LTSAH akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Lapangan terbang itu perlu dinaik taraf sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang dibangunakan sebagai Bandar Bebas Cukan dan menjadi hub pelabuhan daratan,  bersempadan dengan Thailand.

LTSAH juga kan memberi kemudahan kepada rakyat Kedah dalam urusan menunaikan haji dan umrah menerusi penerbangan terus.

Bagaimanapun Mahfuz dalam satu kenyataanya berkata pembesaran LTSAH ia bukan keperluan mendesak bagi rakyat negeri Kedah sebaliknya mahu kerajaan memberi tumpuan menambah pendapatan pesawah, penoreh getah dan remaja lepasan sekolah menengah yang masih menganggur.

Mahfuz mungkin lupa, kemasukan pelaburan ke Kedah juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat negeri ini dan sekaligus memanfaatkan rakyat negeri.

Lagi pun kos untuk membina atau membesarkan lapangan terbang akan lebih mahal jika dilaksanakan dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.

LTSAH juga perlu pembesarkan kerana kekerapan penerbangan sekarang ini selain ia turut dimanfaatkan penduduk selatan Thailand serta rakyat negeri Perlis.  

Mahfuz mungkin lupa, di samping projek pembangunan yang dibiayai oleh Persekutuan, pesawah, penoreh dan juga nelayan juga diberikan bantuan oleh kerajaan dan ia tidak berlaku semasa pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri. 

Kenapa Mahfuz tidak mengkritik Dr. Mahathir yang menghabiskan wang kerana urusniaga Forex dan membiayai projek yang merugikan seperti Perwaja Steel, projek empangan Bakun selain menangggung (bailout) kerugian  syarikat anak-anaknya dan kroninya.

Malah Mahfuz juga perlu mempertikaikan manifesto Pakatan Harapan yang mahu menghapuskan monopoli import beras kerana ia akan 'membunuh' kira-kita  200,000 pesawah termasuk di Negeri Kedah.- Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com