Mahathir Tubuhkan PPBM, Kuburkan PPBM?


Kesanggupan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan tiket DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) petanda awal parti itu akan berkubur tidak lama lagi.

Inilah balasan kepada parti yang berusaha memecah-belahkan UMNO dan orang Melayu oleh bekas pemimpinnya sendiri.

Benarlah dakwaaan seorang pemimpin PPBM dalam Parlimen Pendang, Nizam Lam baru-baru ini yang menyifatkan parti itu paling teruk termasuk mengutip ahli 'tepi longkang' 

Nizam berkata, keba­nyakan ahli juga tidak berpuas hati dengan cara gerakan parti yang disifatkan bercelaru dan tidak teratur.

“Saya menyertai parti ini kerana beranggapan ia sebuah parti yang terbaik, namun apabila berada dalam parti didapati ia paling teruk. Tikam menikam, tanya tak boleh, bajet buat kerja tak ada dan semua kena buat sendiri, " katanya pada sidang akhbar baru-baru ini.

Katanya kegilaan menambah ahli bukan untuk melawan Barisan Nasional (BN) tetapi untuk tunjuk kepada PKR yang PPBM ada ramai ahli daripada PKR dan merebut kerusi tertentu.

“Ambil ahli tepi longkang dalam pasar malam sahaja, macam mana nak kenal mana satu ahli... " katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semalam beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM itu juga mengesahkan beliau sanggup bertanding atas tiket DAP sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan kemelut dalam partinya yang berdepan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

"Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,"katanya dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya dan bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU14 jika parti itu dibubarkan.

Ditanya sama ada kemelut yang melanda PPBM itu menjadi halangan bagi pakatan pada PRU nanti, Dr Mahathir berkata:"Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai Pakatan Harapan."

Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM supaya parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu dalam tempoh 30 hari ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com