Mahathir Mengaku Rela Jadi 'Umpan' PH Untuk Pecahkan Melayu?


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau rela menjadi umpan Pakatan Harapan untuk menarik sokongan orang Melayu bagi memenangkan parti itu pada pilihan raya akan datang.


Dr. Mahathir juga mendedahkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini sukar dipercayai oleh banyak pihak terhadap gabungan parti pembangkang berkenaan.


Oleh yang demikian Pakatan Harapan amat memerlukannya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan beliau bersedia menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14.


Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menceritakan perkara itu kerika berucap pada  Majlis Kenduri dan Doa Selamat bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.


Dengan pengakuan Dr, Mahathir itu benarlah telahan selama ini bahawa Dr. Mahathir telah merelakan dirinya diperkuda oleh Pakatan yang diketuai DAP untuk memecahkan perpaduan orang Melayu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO yang menjadi tempat berlindung  orang Melayu selama ini.

Maka sebab itu juga PPBM di mana Dr. Mahathir menjadi pengerusinya mahu bertanding banyak kerusi yang dimenangi dan ditandingi oleh UMNO pada pilihanraya akan datang.

Di Selangor dan Pulau Pinang antara punca pembahagian kerusi tidak dapat dimuktamadkan adalah kerana PKR enggan melepaskan kerusi yang ditandingi oleh UMNO kepada PPBM.

DAP yang menguasai Pulau Pinang dikatakan mendesak PKR untuk korbankan kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu kepada PPBM.  

Satu artikel My Nation News pada 1 Januari lalu turut mengupas bagaiamana DAP memperalatkan Dr. Mahathir untuk memecahkan orang Melayu.


Selama lebih 22 tahun, Dr Mahathir melaungkan nada yang sama terhadap DAP – sebuah parti rasis, sebuah parti liberal yang mahukan orang Islam murtad dilindungi dan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diberi kebebasan.


Tidak lama dahulu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan kerana satu tujuan iaitu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas dendam terhadap Dr Mahathir yang memecatnya sebelum dipenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

Begitu juga dengan kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Dr. Mahathir, merupakan satu dendam terhadap tersingkirnya abak beliau, Datuk Seri  Mukhriz  daripada  laluan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana kehendak bapanya.

Menurut  My Nation News, propaganda DAP dalam menyemarakkan kebencian terhadap pemimpin Melayu sudah dimulakan sejak penubuhannya lagi yang menjadi cermin kepada halatuju parti PAP Singapura.


Ini bukanlah satu kejutan kerana bekas Ketua Menteri Singapura ketika Malaysia ditubuhkan, Lee Kuan Yew (bekas Presiden) amat lantang dalam menentang keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.


Kuan Yew melaungkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ menentang keistimewaan yang diberikan golongan pribumi itu walaupun ia termaktub Perlembagaan Persekutuan.



 - Kedahnews.com.



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com