Mahathir, Kit Siang Jangan Harap Tanding Kerusi Mudah Menang?


PRESIDEN Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam memberi ingatan kepada calon gabungan pembangkang (termasuk pemimpin?) agar tidak mengharapkan untuk mendapat kerusi yang mudah menang atau 'selamat' pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.


Sebaliknya mereka (calon) hendaklah bersiap-sedia bertanding di mana sahaja tempat yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti gabungan pembangkang yang diketuai DAP itu.


Sebagai Presiden PH, Dr. Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhak memberi peringatan itu seperti ingatan-ingatan  yang diberikan oleh Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar parti-parti sekutu menerima agihan kerusi di tiap negeri. 



Dalam hal ingat-mengingatkan itu Dr. Wan Azizah juga sudah tentu tidak lupa memperingato diri beliau, anaknya Nurul Izzah Anwar, Datuk Seri Azmin Ali yang merupakan pemimpin PKR yang dijangka akan bertanding lagi kali ini.



Apabila beliau (Dr. Wan Azizah) menyebut calon PH, ia tidak terkecuali  ingatan itu juga ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Kit Siang dan pemimpin lain dalam Parti Amanah Negara (PAN ) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Sebelum ini pemimpin PKR termasuk Wan Azizah dikatakan akan berpindah dari Permatang Pauh, sementara Nurul Izzah daripada Lembah Pantai ke Johor Bahru manakala  Azmin dilaporkan akan meningggalkan Gombak.


Dr. Mahathir  pula masih 'terawang-awang' kerana mahu mencari 'kerusi selamat' sama ada Pulau Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya. Dr. Mahathir perlu menang kerana beliau akan dilantik Perdana Menteri jika PH mengambil alih Putrajaya


Muhkriz pula dikatakan hendak meninggalkan DUN Ayer Hitam dan terbayang untuk ke DUN Bakar Bata bagi menghadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dijangka mempertahankan kerusi berkenaan.


Dalam memberi peringatan itu,  sudah tentu ingatan Wan Azizah juga ditujukan kepada Kit Siang yang sebelum ini sering berpindah-randah ke kawasan yang 'selamat dan mudah menang'.


Wan Azizah memberi contoh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi calon UMNO di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya umum tahun 1982.


"Pada 1982, Anwar tiba-tiba berkata akan masuk UMNO dan kemudian bertanding di Permatang Pauh. Saya sangat terkejut.  Saya ambil cuti untuk berkempen di Permatang Pauh.


"(Bayangkan) Permatang Pauh ketika itu dipegang PAS dan beliau Anwar diberikan kerusi sukar, " kata Wan Azizan  yang seperti mana yang dilaporkan oleh  BH.


Beliau menyatakan perkara itu ketika melancarkan program menghitung 100 hari pembebasan Anwar dari penjara di ibu pejabat PKR di Damansara.


Majlis itu turut dihadiri Muhyiddin selaku Presiden PPBM dan Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.


Di sebalik ingatan Wan Azizah itu, PH bagaimanapun masih belum memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan mereka tandingi walaupun perbincangan mengenai pembahagianya telah melewati dua bulan. - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com