Mahathir Kini 'Lebih DAP Daripada DAP' - Mahdzir Khalid


Kesanggupan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi 'umpan' atau  perkakas bagi  DAP yang mengetuai Pakatan Harapan untuk menarik orang Melayu menyokong parti itu ibarat 'lebih DAP daripada DAP.'


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid  berkata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pengerusi Pakatan Harapan berkata kenyataan Mahathir untuk menjadi umpan bagi meraih undi Melayu untuk pakatan tersebut langsung tidak boleh 'dipakai' atau diterima.

 " Dulu semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun  dia kecam habis-habisan DAP dan kini rela jadi 'umpan' pula kepada pembangkang, " kata Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap.


"Hakikat sebenar, Mahathir bukannya menjadi umpan pakatan tersebut untuk meraih undi orang Melayu sebaliknya beliau menjadi umpan DAP bagi mendapatkan kepercayaan orang Melayu, kata Mahdzir.

Menurut beliau kesanggupan menjadi umpan demi mendokong perjuangan DAP sememangnya sesuatu yang amat janggal.


"Dulu bukan main Dr. Mahathir kata DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan sebagainya malah turut menyatakan bahawa negara ini dominasi politiknya harus didokong oleh Melayu tetapi kini semuanya sudah jadi lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Program 'Kembali Ke Sekolah' anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan kerjasama UEM Group Bhd. di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang hari ini.


Seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam Parlimen ini menerima kelengkapan persekolahan antaranya pakaian beg dan kelengkapan sekolah.


Portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam melaporkan, Mahathir berkata beliau bersedia menjadi umpan bagi Pakatan Harapan diketuai DAP meraih undi Melayu biar pun usianya sudah menghampiri 93 tahun.


Mahathir mendakwa beliau masih berpengaruh di kalangan orang Melayu dan sehubungan itu  beliau sanggup menjadi umpan untuk menarik mereka kerana Pakatan Harapan sebelum ini tidak begitu dipercayai.


Kenyataan Dr. Mahathir itu pada sidang akhbar di majlis bersama Pengerusi Pakatan Harapan di Kampung Baru , Kuala Lumpur kelmarin itu ditempelak oleh beberapa pihak yang kini 'tunduk' kepada DAP. semata-mata untuk menang PRU14. - Kedahnews.com 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com