Lepas Sebulan, Gadis ‘Trivago' Tunjuk Wajah Anak Sulung


SIAPA yang tak kenal dengan gadis ‘Trivago’, Dahlia Syazwan ini kan? Tidak dinafikan namanya mula meniti di bibir peminat sejak dia mengendalikan iklan tempahan hotel tersebut.

Selepas sebulan menimang cahaya mata, Dahlia akhirnya mendedahkan wajah puteri sulungnya yang menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Dahlia juga dilihat berkongsi nama anaknya itu yang terus menjadi tumpuan ramai.

“#THROWBACK to when I delivered our angel exactly a month ago. Thank you Dr @_s__e__r__i_ for bringing our baby into this world. Everyone, meet Freda!” katanya menerusi entri tersebut.

Pada masa sama, suaminya, Shafiq Ismet dilihat turut sama berkongsi beberapa keping gambar lagi bersama Freda.

Perkongsian tersebut dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata tidak henti-henti membanjiri ruangan komen pasangan ini dengan ucapan tahniah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com