Lempar Anaknya 4 Tahun Dari Tingkat 10 Pangsapuri Lepas Diceraikan Suami


SAINT PETERSBURG – Seorang wanita yang juga ibu kepada seorang anak dilaporkan mencampakkan anaknya dari balkoni tingkat 10 sebuah pangsapuri di Saint Petersburg, Rusia.

Setelah melempar anaknya, wanita itu, Anastasia telah membunuh diri dengan melompat dari tempat yang sama.

Anastasia dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, Misha Yekimov, meninggal dunia di tempat kejadian.

Suami Anastasia, Andrey Yekimov seperti yang dilaporkan oleh Mirror, sangat terkejut apabila keluar dari lif dan mendapati mayat kedua-duanya berbaring di depan hotel.

Akibat terkejut, lelaki berusia 33 tahun tersebut dilaporkan hanya diam membisu, manakala pejalan kaki yang melintas berusaha memberi pertolongan.

Yekimov kemudian memberitahu, pada mulanya Anastasia yang sebenarnya adalah bekas isterinya, datang melawat apartmennya.

Pada masa itu, Yekimov berniat untuk membawa Misha ke salon untuk potong rambut.

Anastasia kemudian diminta untuk datang bersama dan segera mengambil Misha ke lif semasa dia mengunci pintu.

Namun, tanpa diduga, wanita 25 tahun tersebut  membawa anaknya ke balkoni yang ada di tingkat 10 lalu mencampak kanak-kanak malang itu.

Pada mulanya, Yekimov menyangka anak dan bekas isterinya telah menunggunya di tingkat bawah.

“Saya baru menyedari apa yang terjadi ketika melihat mereka terbaring,” katanya.

Yekimov dan Anastasia berkahwin pada 2014 namun, dua tahun kemudian, keduanya bercerai.

Yekimov berkata dia dipaksa untuk menceraikan Anastasia kerana wanita itu tidak memberi perhatian kepada anak mereka sebaliknya suka mabuk dan hisap dadah.

Berikutan itu mahkamah menyerahkan hak penjagaan Misha kepada Yekimov.

Situasi tersebut dikatakan menjadi penyebab Anastasia mengalami kemurungan.

Anatasia dikatakan berasa sunyi kerana selain kehilangan hak menjaga anaknya, dia juga terpaksa bercerai dengan suaminya.

Sumber– Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com