Lelaki Bunuh Kemudian Makan Hati Wanita, 2 Anak Lelaki


PENDUDUK di Rusia dikejutkan dengan kejadian pembunuhan kanibal di mana seorang wanita telah dibunuh dan hatinya dimakan oleh pembunuh terbabit.

Meskipun kejadian itu sudah berlaku beberapa hari lepas namun kematian Ekaterina Nikiforova, 27, yang juga ibu kepada dua anak itu, amat mengejutkan dan masih diperkatakan ramai.

Pembunuhnya, Alexey Yastrebov, 35, telah ditangkap di bandar Krasnoyarsk dan dia didakwa menikam Ekaterina di leher sebelum membelah badan dan mengeluarkan hati wanita itu.

Dia turut memotong paru-paru kiri Ekaterina sebelum memasaknya dalam periuk di sebuah flat yang disewa. Selepas melakukan pembunuhan itu, Alexey menghubungi pemilik rumah, Zhanna Avdeeva dan meminta wanita itu menghubungi polis serta ambulan.

“Sila hubungi polis dan ambulan. Saya terbaring dalam darah, di sebelah saya adalah mayat,” katanya.

Apabila pasukan paramedik tiba, Alexey memberitahu mereka bahawa ada hati yang dimasak atas dapur dan dia juga cuba menikam dirinya sendiri dengan gunting namun gagal.

Dia kini ditahan di hospital dan dipantau dengan ketat oleh polis.

Dalam pada itu, Zhanna berkata, ketika dia tiba di rumah itu, dia dapat melihat mangsa terbaring di bilik yang sama dengan dada yang terbelah dan leher yang ditikam.

Mangsa merupakan ibu tunggal dan mempunyai dua anak perempuan berusia tujuh dan tiga tahun.

Pembunuh berkenaan merupakan rakan rapat kepada abang Zhanna dan mereka tidak dapat membayangkan dia sanggup melakukan perbuatan keji itu.

Zhanna juga memberitahu dia akan memanggil paderi untuk membersihkan rumah tersebut selepas pembunuhan kejam itu.

“Ia merupakan satu kejutan, dalam rumah saya. Ia adalah mimpi ngeri. Semua orang tahu mengenainya, termasuk jiran. Saya akan jemput paderi untuk berdoa selepas penemuan mayat itu,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com