Lagu Sufian Suhaimi Selepas Putus Tunang Trending No 2 Di YouTube


VIDEO lagu penyanyi Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu menjadi trending nombor 2 di laman YouTube minggu ini.

Lagu yang dikeluarkan selepas episod putus tunangnya dengan pelakon Elfira Loy berakhir itu mendapat lebih 1.5 juta tontonan di laman tersebut.

Di Matamu merupakan lagu yang mendapat perhatian masyarakat selepas ia dikatakan ada kaitan dengan kisah putus tunangnya itu.

Difahamkan lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Video itu turut menerima lebih 1,500 komen daripada pelayar laman tersebut.

Rata-ratanya terkesan dan turut bersimpati dengan apa yang dirasai oleh Sufian yang kini sedang bersedih apabila jodohnya dengan Elfira tidak kesampaian.

"Sabar ya dengan cerita tu. Kami tahu perasaan Sufian. Bertabah ya... Tapi 100% gerenti lagu ni sedih...

"Sebagai seorang yang pernah merasa putus sebuah pertunang.. Aku seakan faham bait- bait lirik yang cuba diceritakan dalam lagu ini," tulis beberapa pelayar tersebut.

Sumber:Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com