LADA Disaran Guna Lampu Buatan Malaysia Jimat Tenaga


ALOR SETAR - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) disarankan supaya memasang dan menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED) buatan Malaysia yang menjamin pengjimatan tenaga sehingga 85 peratus.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata,  lampu LED ciptaan penyelidik Malaysia, Dr Gabriel Walter itu dilihat sebagai bersesuaian untuk diguna pakai di Langkawi memandangkan sedang mengambil langkah menjadi pulau rendah karbon menjelang 2030.

"Ini juga selaras dengan perancangan LADA untuk menggunakan lebih banyak lagi teknologi hijau di Langkawi," katanya kepada Bernama selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin, semalam.

Qeos Les Sdn Bhd diketuai Dr Walter merupakan syarikat tempatan yang telah memulakan penyelidikan bagi menghasilkan lampu LED menerusi geran berjumlah RM3 juta oleh kementeriannya.

"Kerajaan melalui Yayasan Inovasi Malaysia juga telah membantu syarikat itu untuk membina sebuah kilang di Melaka. Hasil ciptaannya sudah di peringkat pengkomersilan dan sudah digunakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com