Konvoi Selami Denyut Nadi Rakyat Tamat Di Baling


ALOR SETAR - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling akhirnya berjaya menamatkan konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia sejauh 120 kilometer, baru-baru ini di Baling.

Pegawainya, Shamsul Izrin Isahak berkata, konvoi kembara yang dijalankan itu mendapat penglibatan seramai 80 orang yang terdiri daripada kakitangan Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling.

Menurutnya, motif utana kembara itu diadakan adalah bagi menyelami denyut nadi golongan memerlukan.

“Perjalanan konvoi ini meliputi tiga Dun iaitu Dun Bayu, Dun Kupang dan Dun Kuala Ketil.

“Permulaannya di Kampung Lalang dan berahkhir di PDK Bakai. Sebanyak 14 rumah dilawati termasuk rumah mangsa ribut,” katanya.

Menurutnya, konvoi juga menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Legong.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com