KKM Nafi Wabak Keracunan Makanan Akibat Keselamatan Bekalan Air


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan berlakunya wabak Keracunan Makanan (KRM) yang dikaitkan dengan keselamatan bekalan air di Lembah Klang seperti yang ditularkan menerusi media sosial sejak kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kandungan mesej berkenaan adalah tidak benar.

“Hasil semakan dan verifikasi pemantauan wabak penyakit berjangkit, didapati tiada peningkatan kejadian KRM dilaporkan.

“Kejadian KRM yang berlaku buat masa ini adalah terpencil dan terkawal serta tiada kaitan dengan bekalan air atau gangguan bekalan air,” katanya.

Noor Hisam berkata, kementerian akan terus memantau status kejadian itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak khuatir serta tidak mempercayai maklumat yang tidak disahkan oleh KKM, lapor Bernama

Namun, beliau meminta masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran, memastikan makanan dan minuman tidak tercemar selain pengendali makanan peka dengan amalan pengendalian makanan selamat.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com