Kit Siang Cedera Tergelincir Di Rumah


KUALA LUMPUR -Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mengalami kecederaan di dahi selepas tergelincir di dalam tandas di rumahnya di Gelang Patah, Johor, semalam.

Berikutan kecederaan itu, Kit Siang membatalkan semua acara yang dijadualkan dihadiri beliau hujung minggu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat DAP hari ini, pemimpin veteran pembangkang itu sudah menerima rawatan lanjut di sebuah klinik berhampiran dan doktor yang merawat menasihati beliau supaya berehat.

"Semua acara yang sudah dijadualkan pada hujung minggu ini, termasuk forum di kedai kopi di Gelang Patah pagi tadi dan satu lagi di Pekan Nenas pada pagi esok (Sabtu) terpaksa dibatalkan.

"Beliau juga tidak dapat menghadiri majlis ulang tahun keempat sempena memperingati tragedi MH370 pada petang esok di Kuala Lumpur.

"Selain itu, beliau tidak dapat menghadiri majlis makan malam bagi mengutip dana PKR di Setia Alam pada Ahad malam dan tarikh baru juga akan ditetapkan bagi Kit Siang membuat lawatan ke Sungai Pelek dan Sepang," kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu, pada Disember tahun lalu, Kit Siang disahkan menghidap kanser tahap pertama dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang 30 peratus bahagian buah pinggangnya.

Selepas berehat hampir sebulan, beliau membuat penampilan semula pada awal tahun ini.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com