Kesemua 11 Wanita Seksi Maut Dalam Nahas Pesawat


TEHRAN – Sebuah pesawat persendirian dari Turki yang membawa 11 orang termasuk anak kapal, kesemuanya wanita seksi, dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di Iran pada lewat Ahad.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh. Para pegawai Turki dan Iran berkata bahawa lapan penumpang dan tiga anak kapal ditemui dalam bangkai pesawat yang terhempas di bahagian selatan Iran.

Insiden nahas tersebut berlaku semasa jet mewah itu membawa anak perempuan ahli perniagaan dan rakan-rakannya pulang ke Istanbul, Turki dari satu majlis sambutan di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Laporan media Turki menyatakan lapan penumpang itu termasuk Mina Basaran, anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, dan tujuh rakannya yang meluangkan beberapa hari di UAE bagi meraikan perkahwinannya.

Laporan-laporan tersebut, yang dipetik akhbar Hurriyet dan beberapa saluran televisyen Turki, mendedahkan pesawat eksekutif jenis Bombardier Challenger 604 itu adalah milik sebuah syarikat bapa Mina iaitu Huseyin.

Jutawan pemilik Basaran Holding Company yang berpangkalan di Istanbul itu amat aktif dalam sektor tenaga, pembinaan dan pelancongan. Ia juga memiliki beberapa buah hotel, lapor agensi berita tempatan Tasnim.

Beberapa laporan media turut menyatakan hanya sehari sebelum insiden kemalangan udara itu, lapan wanita muda tersebut ada memuat naik gambar menerusi media sosial, sambil tersenyum dan berehat-rehat di Dubai.


Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa Mina sempat memuat naik foto eksklusif melalui akaun laman sosial beliau semasa menaiki pesawat Bombardier yang sama sebelum berangkat dari Istanbul ke UAE.

Beliau dilaporkan baru bertunang pada bulan Oktober tahun lalu dan lawatannya ke UAE adalah secara tradisi sebagai sambutan “selamat tinggal” kepada rakan-rakannya sebelum mangsa mendirikan rumah tangga.

Mina yang baharu berusia 28 tahun itu dilantik menjadi salah seorang anggota lembaga syarikat ayahnya sejak tahun 2013 lagi, lapor media Turki.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com